Majlis Pelancaran PUHKSBS yang berlangsung pada 06hb November 2015 yang lalu di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. Arif, selaku Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.
Menurut Y.B. Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. Arif, penubuhan persatuan ini akan menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih ramai usahawan-usahawan bumiputera khususnya usahawan Islam dalam menerokai dan mengeluarkan produk-produk makanan dan perkhidmatan mengikut hukum syarak.
Ketika majlis tersebut, barisan AJK PUHKSBS telah menerima watikah perlantikan daripada Y.B. Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. Arif. Selain itu juga, taklimat ringkas mengenai Pensijilan Halal telah disampaikan oleh Puan Syazlina Binti Abdul Rashid, Penolong Pengarah Unit MGI JHEAINS.
 |
Ucapan Alu-aluan daripada Hj. Zohari Mahur, Pengerusi PUHKSBS |
 |
Ucapan Pelancaran oleh Y.B Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif |
 |
Paluan Canang Tanda Pelancaran PUHKSBS |
 |
Gimik Mod Pelancaran PUHKSBS |
 |
Penyampaian Watikah Pelantikan AJK PUHKSBS |
 |
Dendangan Gambus |
 |
Taklimat mengenai Proses Pensijilan Halal oleh Puan Shazlina Abdul Rashid, Penolong Pengarah Unit MGI JHEAINS |
 |
Barisan AJK PUHKSBS |
No comments:
Post a Comment